Followers

Showing posts with label yasin 7 mubin. Show all posts
Showing posts with label yasin 7 mubin. Show all posts

Monday, 22 August 2011

Yasin 7 mubin

sesungguhnya AlQuran itu terlalu banyak mukjizatnya...yg tak mampu dicapai akal manusia...”
“Manusia sentiasa diberi dugaan untuk menjalani hidup dimuka bumi Allah, jika kamu diberi ujian makanya Allah sangat mengasihi kamu dan ingin mengingati kamu betapa besarnya kejadian Allah di muka bumi ini. Allah Maha Agung. Allah Maha mengetahui. Tiada yg mampu menandinginya...”
Al-Israa’ 44; langit yg tujuh dan bumi serta sekelian makhluk yg ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya

DALAM SURAH YAASIN,TERDAPAT TUJUH TEMPAT PERKATAAN 'MUBIN' IAITU PADA AYAT
(1) 12, (2) 17, (3) 23, (4) 47, (5) 60, (6) 69 DAN (7) 77.
Yaasin 7 mubin ini selalu digunakan untuk mendapatkan semula brg yg
hilang (YAASIN 7 MUBIN DIBACA DGN KADAR SEGERA,24 JAM DR TEMPOH
KEHILANGAN),memanggil anak  @ ahli keluarga yg lari dr rumah,
MELINDUNGI DIRI DR DIFITNAH @ DIZALIMI MANUSIA,PENDINDING DR
GANGGUAN JIN N SYAITAN,dibaca bg pesakit yg tenat (baca pd air untuk
diminum), SIHIR , SAKA , MEMINTA HUTANG ,  SELALU DIANIAYA DAN DITIPU DLL.


Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa saya mengutarakan Kaedah Solat
Hajat dan Yasin 7 Mubin atau Yasin 40...Walaupun banyak kaedah lain
yang terlebih mudah dan cepat...


Kaedah Yasin...ianya menyeluruh...yakni semua mereka yang terlibat
pasti  kena...dari tukang sihir..pengupah..batu api..tukang tunjuk
rumah bomoh..tukang rekomen bomoh hitam mana nak jumpa...pendek kata
ianya menyeluruh...

Kaedah lain biasanya spesifik...yang biasa kena bomoh dan pengupah
sahaja...namun mereka dibelakang tabir terlepas...

Kaedah Yasin tidak memerlukan makrifat seperti kaedah lain...Biarlah
Allah yang maha bijaksana menghukum...mereka yg terlibat mengikut
tahap penglibatan mereka didalam perlakuan sihir dan khianat...

Sesuatu yang asal baik..tetap baik...natijahnya...Mereka yang
mengamalkan kaedah Solat Hajat dan Yasin 7 Mubin pasti akan merasa
sesuatu kelazatan dalaman yang siapa pernah buat sahaja yang tahu...

Biasanya kalau ada gangguan sihir dibadan akan keluar angin dan
akhirnya badan menjadi ringan.

Ada ruam2 yg akan keluar - biasanya ini berkaitan dengan barangan
sihir yg telah lama menapak didalam badan samada pernah dirawat...atau
belum...Walau pun dirawat dan pesakit kelihatan sihat...mungkin ada
lagi saki baki...

Kepada mereka yang secara tak sengaja terambil ilmu yang berkaitan
dengan JIN pun akan merasa panas dan angin akan mula keluar perlahan
ikut jalan atas atau bawah...Kemungkinan untuk ke bilik air adalah
tidak menghairankan...So sebaiknya masa nak ngaji tu...pakai kain
je...sonang nak melepas...Ada juga yang terbatal wuduk...biasalah
bontot kurang ajau..masa nak beramal...masa tu le nak buat kelakar
bangang...Dugaan...

Namun yang the best of All ialah...kita merasa ringan untuk
beramal...jadikanlah amalan Yasin 7 Mubin itu sebagai amalan
harian...momentum sudah ada apatah lagi kalau kita dah buat
21x...walau dah baik...dan tercapai hajat mematikan sihir...boleh aje
diteruskan dengan niat2 yang lain....seperti dimudahkan Allah untuk
beramal dunia dan akhirat....Cuma seperti sebelumnya...satu niat at a
time...
Rasanya dah tibo masanya saya jelaskan akan kaifiat mengamalkan Yasin 7 Mubin...

Yasin 7 Mubin bermaksud ada 7 MUBIN didalam surah yasin...( Mubin = Nyata ).

Kaedah yang Sifu saya ajar ialah..Pasang Niat sebelum memulakan bacaan
Yasin 7 Mubin...( Sebaiknya ditulis )...Sebab ianya akan dibaca balik
di akhir bacaan yasin 7 mubin...Mesti sama niatnya tiada berubah....

Apabila bertemu Mubin yang pertama..Ulang balik dari Yasiiiin..
Bertemu Mubin yang pertama teruskan dan apabila bertemu Mubin yang
kedua...Ulang balik dari Yasiin...
Bertemu Mubin 1 dan 2 teruskan sehingga Mubin yang ke tiga...Ulang
balik dari Yasiin..
Begitulah seterusnya pada Mubin ke 4..5..6...7..Teruskan sehingga
habis surah Yasin..( bermakna kene baca 8 kali  yasin)

Kaedah saya berbeza dari kaedah Darul Syifaa..kerana disetiap MUBIN
tiada berhenti untuk mendoakan...Yakni ada 28 kali bertemu Mubin..Doa
hanya sebelum dan sesudah pembacaan Yasin 7 Mubin...

Amat mustajab...dan untuk rawatan memang amat digalakan...bacakan pada
air...Esoknya bacakan lagi pada air...( kalau boleh air yang
sama..walaupun air tersebut dibuat minum atau mandi pada bacaan Yasin
7 mubin yang pertama )..maksudnya boleh diguna pada air yang sama...


Niat yang  disyorkan ialah :



Doa mereka yang terkene sihir/teraniaya.


"Wahai Zat Yang Wujud lagi Maujud..Matikanlah mereka yang menyihir dan  menganiaya diriku dan keluargku dengan segera."



Doa mereka yang menderita saka""

"Wahai Zat Yang Wujud lagi Maujud..Matikanlah segala saka dan putuskan
warisan saka ini dari diriku dan keluargaku sehingga hari kiamat".


DOA PEMUTUS SAKA
Bagi mereka yang disyaki ada gangguan jin saka,saya syorkan anda wiridkan ayat FATEHAH 1x dan AR RAHMAN 33-36 21x tiap-tiap lepas solat maghrib selama sebulan diserta dengan ikrar pemutus saka yang anda perlu baca dimulut supaya jin saka dalam badan mendengar ikrar anda.Bunyinya lebih kurang begini

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa kami ingin memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka.Janganlah kamu semua menghuni tubuh atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu,maka kamu layak dilaknat oleh Allah SWT hingga hari kiamat"


Maksud mati disini bukanlah mati zahir...maksudnya habis sudah
ikhtiar...yang lain...mohon ALLAH aje yang matikan segala bentuk
penganiayaan...No more...Apa yang ALLAH "kurniakan" kepada mereka..itu
hak mutlak ALLAH...sesuai dengan apa yang dikata...semuanya dalam
ILMUNYA...

*Note- niatkan apa shj niat . contoh : “ ya Allah ya tuhanku pulangkan duitku yang dipinjam oleh sipulan dengan  segera. Amin “ .tapi satu shj setiap solat hajat dan yasin 7 mubin. Ingat yo


Sebelum itu sebaiknya lakukan solat hajat walaupun sekali...

1) Rakaat Pertama baca Surah Al-ikhlas 11x
2) Rakaat kedua baca Surah Al-Kafirun 11x.

Niat didalam hati sebelum melakukan takbiratul ihram...

Bacaan pada sujud seperti biasa tiada tasbih yunus sebagaimana
biasa...kerana itu kaifiat solat hajat Nabi Yunus...tak usah campur
aduk...

Sesudah salam : istigfar 100x...bismillah 100x...dan surah al-Mulk
ayat 14 sebanyak 33x...

Selepas itu terus baca niat kita tadi...pastikan sama...dengan niat
diawal...sebelum solat....

Kemudian baca lah Yasin 7 mubin...dgn dibacakan niatnya sebelum
memulakan Yasin ...dan sesudah habis...dibacakan niat yang
sama...Perlu diingat...ianya hendaklah sama niatnya dengan niat semasa
solat hajat...

Tidak dibenarkan berkata2...

Terus tidur....

Petunjuk akan datang didalam mimpi..berapa lama perlu dilakukan...
Solat Hajat tu kalau diamalkan mengikut kaedah yg saya ajar...biasanya ada petunjuk..berapa malam yg diperlukan untuk dilakukan Solat Hajat tersebut...Begitu juga berapa kali bacaan Yasin 7 Mubin...namun biasanya Yasin 7 Mubin dilakukan dalam jumlah 14x atau 21x...

Untuk yang membuat kaedah Solat Hajat berterusan tanpa petunjuk...cukup 7 malam..maka hentikanlah...


Semasa melakukan perkara2 diatas..sebaiknya sediakan air mineral dalam
4 botol besar...sesudah dibaca...minum...sebagai ikhtiar penyembuhan
dan perlindungan...Yg Penyihir dan pengupah tu lantakle depa...Air tu
boleh juga di campur limau nipis sebiji....dan buat mandian setiap
hari...selama yg boleh...( Sebiji sehari untuk setiap mangsa )
Niat semasa mandi : Ya Allah buangkanlah segala kekotoran,kejahatan dan juga penyakit dalam diri ini rohani dan juga jasmani....dari hujung rambut sampai hujung kaki...”


Mengikut pengalaman..biasanya satu kali Solat Hajat dan 21x Yasin 7
Mubin.....Case Settle.....Pesan Guru....dalam 40 hari....selepas the
last 21 Yasin...atau mengikut petunjuk didalam mimpi...atau gambaran
semasa membaca Yasin 7 Mubin....





testemoni
Kes 1) Jiran kehilangan brg kemas dlm almari, dibacanya y7m, selepas
mubin pertama diletaknya sebijik lada hitam ke atas bara lalu dia
berniat supaya org yg mencurinya memulangkannya kembali, diulangi
bakar sehingga mubin yg ketujuh. Nak dijadikan cerita, dia kehairanan
kenapa org gajinya mandi sampai 7-8 kali dlm 1 hari, merah padam
mukanya, bila ditanya katanya cuaca panas. Malam itu jiran sy
mendapati brg kemasnya telah dipulangkan, org gajinya yg telah
mencurinya.


Kes 2) lbh kurg sama trjd pd jiran yg lain, duit di curi di dlm rumah,
oleh org yg diknali kerana waktu itu mmg ada sanak saudara yg dtg
melawat, dia pun membuat y7m, dgn kaedah yg sama membakar lada hitam,
esok pagi ada seikat duit di dlm plastik di baling di hadapan pintu
oleh si pencuri tersebut.


Kes 3) kucing ibu sy dicuri org, jenis persian, kami telah menghantar
flyers di sekitar taman perumahan, telah menacrinya di merata2 tempat,
masuk hari ke empat ibu mbaca y7m, petang itu seorang jiran cina
menghantar kembali kucing kesayangan ibu itu dgn muka yg merah
menyala2

assalamualaikum...nak menyelit sikit kat sini...baru2 ni saya ada baca
surah y7m ni selepas buat solat hajat...saya tujukan khas utk sesiapa
yg sedang menganiaya saya sebab saya tak tau siapa yg buat saya sakit
teruk ni...masa saya tgh baca2 tu, tetiba ada lalat datang (saya buat
tu dlm kul 1 pagi), pastu kiri kanan saya berselang-seli macam ada
orang datang tengok2...masa mubin ke 5, tetiba saya dengar suara orang
menjerit2 panjang, suara jeritan tu lama sampai ayat last. lepas habis
baca dan doa semua, saya tido...tapi terjaga bila saya rasa katil
tempat tido saya kena goncang kuat...saya buat tak tau aje...sejak
dari hari tu sampai semalam, saya byk berdoa, dan membaca yassin...mlm
tadi, lepas solat isyak, saya tertido tapi terjaga semula sebab rambut
saya ditarik2 sambil ada suara menjerit2 macam marah kat saya...pastu
saya baca surah y7m tu sekali lagi, masa saya baca tu, kepala saya
macam kena tekan2. saya dah tak larat sebenarnya...kalau ikutkan sakit
hati...haiii...entahlah...rasanya kesabaran dah takde lagi ni

penangan y7m kpd pengamal nasi kangkang :

a)peluh bini bau bangkai
b)penyakit bini ganjil berkaitan alat kelamin
c)laki tengok bini macam mayat
d)masakan bini pahit
e)bini mimpi jadi langsuir
f)rambut bini gugur luar biasa


so...bini2 semua...lu pikir la sendri

pengalaman sy semasa baca yasin 7 mubin tu semasa berada dkt madinah sbb sana x gangguan mcm ada di malaysia (one come, one go) jd sy amik kesempatan utk buat yasin 7 mubin mcm saudara  ajar disana semcm terdorong utk buatnya, mmg sy bertawakal minta dihapuskan 'gangguan' pada diri dan keseluruhan keluarga sy..mula2 rasa mcm melayang2 aje pemikiran, nk kata ngantuk pun ada sumer perasaan ada..tp da nk dkt abis bacaan sy terdengar suara laki2 perempuan2 menjerit takut dan sakit dan ternampak image istana mereka berkecai...cuma kesahihan wallahuahlam sy serahkan pada Allah..dan mungkin org2 yg bijak utk menilai..

Nak cerita sikit pengalaman saya mengamalkan Yasin 7 Mubin ni. Saya dari Brunei Darussalam bertugas sebagai cikgu. Di Sekolah tersebut ada seorang guru yang memusuhi saya atau saya yang memusuhi dia. Semuanya bermula dari kegemaran Cikgu tersebut suka merotan anak murid kecil darjah Pra umur 7-8 tahun. Bila ibubapa datang buat komplen, ibubapa tersebut pula akan dituduh oleh cikgu tu sebagai nak lawankan anak. Sehinggalah suatu hari anak saya pula dituduh melakukan sesuatu yg tak dibuat. Pertama kali, saya diamkan. Kedua kali, saya diamkan. Bila dah berulang lagi, saya pun marah balik dengan guru tu. Semenjak dari hari tersebut, gigi saya seperti mudah sangat bergoyang, dah banyak yang tanggal (luruh). Tumit kedua kaki menjadi sakit hingga payah nak berjalan. Bangun dari tidur mesti sakit tumit. Ada orang cakap, tumit sakit sebab saya over weight. Saya syak guru ni ada berbuat sesuatu sebab saya pernah terbaca sms dia bergurau pada kawan saya, kata nak SUNTI kawan saya. Di sekolah yg sama juga ada guru lain yang memiliki saka keturunan yg boleh digunakan untuk menyakiti orang yang diingininya. Sunti ni ilmu sihir puak Iban. Suatu hari saya terjumpa kaedah amalan Yasin 7 Mubin dari Darussyifa, kalau tak silap. Saya amalkan ketika menunggu isteri dalam kereta di hospital. Pelik bin ajaib, sebaik saja selesai bacaan, sakit ditumit saya dari 100% menjadi 3%-4% saja serta merta. Namun sakit ni balik semula beberapa hari kemudian. Saya bacakan lagi Yasin 7 mubin pada air botol mineral. Kemudian jika ada rasa sakit ditumit, saya lapkan je air tu, sakit terus hilang. Persoalannya, adakah saya telah terkena sihir ? adakah yasin 7 mubin tu menghilangkan kesan sihir atau mengubati sakit tumit yang semula jadi disebabkan over weight ?

saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi khasiat Y7M,kaki saya yang sudah lama bengkak beransur-ansur pulih dan saya boleh berjalan dengan baik semula..semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan

Terima Kasih atas nasihat saudara..saya ada kes yang guna 7 mubin nie..memang kesannya pada pesakit..amat baik..kesan pada penyihir hebat..dan tukan upah , tukang batu api semua sangkut sekali...begitulah bila Allah menghendaki...

yasin 7 mubin saya pernah gunakan untuk mengembalikan barang kawan pompuan saya yang hilang kena curi. spender dan baju dalam. sekali baca dah berantar balik...

DENGAN LAFAS BISMILLAH HIRRAHAMANHIRRAM  SAYA MENGIJAZAHKAN ILMU YASIN 7 MUBIN KEPADA SAUDARA/SAUDARI KERANA ALLAH TAALA”.
Ikhlas dari:
Hamba Allah

" ALLAH tidak akan menduga umatnya dengan ujian yang tidak mampu diterima
umatnya"

P/S -  JIKA ANDA BERHATI MULIA , MINTA SEDEKAHKAN AL FATIHAH KPD SAYA DAN GURU-GURU SAYA SETIAP KALI MENGAMALKAN YASIN 7 MUBIN INI. WASALAM........

P/S -  UTK DOWNLOAD MP3 YASIN 7 MUBIN  SILA KLIK http://www.4shared.com/audio/3OSPSopO/Surah_Yasin_7_mubin.html