Followers

Thursday, 2 February 2012

Khatamun Nubuwah

Khatamun Nubuwah



Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:

“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;
1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’
Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W. Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi."

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."


Caranya adalah:


(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita



Allah jualah Tuhan yang tunggal tiada bersekutu bagiNya

(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita



Muhammad itu hambaNya dan utusaNnya

(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan



Berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki

(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri



Maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan




AIR ZAM ZAM

KELEBIHAN AIR ZAM ZAM

Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air Zam-zam, ianya mengenyangkan dan menyembuhkan penyakitï (HR Bukhari & Muslim)
Keberkatan Air Zam-zam:

Menyembuhkan segala penyakit Penarik segala hajat mengikut niat
Gantian makanan yang mengeyangkan
Membantu sistem peredaran darah
Membantu mengatasi gangguan migren dan vertigo
Membantu mengatasi gangguan asthma dan bronkhitis
Membantu mengatasi sinusitis
Membantu meningkatkan kemampuan libido
Membantu mengatasi reumatik dan sakit urat
Mengaktifkan sel-sel dan meningkatkan metabolisme
Mengurangi risiko kanser akibat radikal bebas
Membantu menghilangkan bau badan
Membantu membuang racun dalam darah
Membantu mengatasi penyakit jantung koroner
Membantu mengatasi masalah darah tinggi ataupun darah rendah
Membantu mengatasi gangguan pencernaan, fungsi hati dan lambung
Membantu mengatasi gangguan susah tidur

Adab Minum Air Zam-zam

Guna tangan kanan untuk minum
Mengadap Qiblat
Bernafas sekali di luar bekas
Baca Bismillah
Minum seteguk dan ucap Alhamdulillah
Bernafas sekali lagi di luar bekas
Baca Bismillah
Minum seteguk dan ucap Alhamdulillah
Bernafas sekali lagi di luar bekas
Baca Bismillah
Minum seteguk dan ucap Alhamdulillah
Berdoa

PEMBERSIHAN MAQAM DIRI

PEMBERSIHAN MAQAM DIRI


Dengan apa seseorang itu dapat mencuci Maqam Dirinya yang kotor itu?

Sabda Rasululloh SAW:

Untuk membersihkan kotornya Makam Diri adalah dengan zikrullah, iaitu berzikir mengingati Allah. Disini pembersihnya adalah dengan menggunakan Asma’ Allah atau Nama Allah yang dibacakan:“Allah...Allah...” pada setiap makam.

1. Makam Qalbi: Zikirnya "Allah....Allah...." sebanyak 5000 x

2. Makam Roh: Zikirnya "Allah...Allah...." sebanyak 1000 x

3. Makam Sirri: Zikirnya "Allah....Allah...." sebanyak 1000 x

4. Makam Khafi: Zikirnya "Allah....Allah...." sebanyak 1000x

5. Makam Akhfa: Zikirnya "Allah...Allah...." sebanyak 1000 x

6. Makam Nafsun Natiqa: Zikirnya "Allah....Allah...." sebanyak 1000 x

7. Makam Kullu Jasad: Zikirnya "Allah...Allah...." sebanyak 1000 x


Maka zikir “Allah...Allah....” tersebut kalau dijumlahkan keseluruhannya menjadi 11,000 x (hatam besar) dan kalau tidak berkemampuan zikirkan 5000x pada makam qalbi, maka itu disebut hatam kecil.


url/prains

Mulakan bacaan dengan ayat - "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..... bismillahirrahmannirrahim".




Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.


Demikian diterangkan dalam ( Tadzikaratul Qurthuby ). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.


Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat israfil

url/rwtnislam

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58


Barangsiapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada Ayat ke 58 Surah tersebut: "SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.


Contoh-contoh doa yang boleh anda baca ketika itu:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajatku ini (nyatakan hajat)

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad sebagai umat yang beriman dan punya kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LI WAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Hikmat Surah al-Fathihah

Hikmat Surah al-Fathihah



Sesiapa yang mengekalkan mambaca AlFathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, makan fazilatnya ialah:


* Meminta pangkat melainkan dapat.
* Ia miskin melainkan kaya.
* Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
* Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
* Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
* Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:

“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”

“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”

Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.

Mengembalikan Pangkat

Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.

Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.

Insayallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.

Mendapat Zuriat

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:

Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.

Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh.

Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang salleh lagi baik.

Fathihah di atas kapas.

Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.

Bacaan untuk pelayar

Jika di baca Fathihah sebanyak 41 kali di belakang orang yang hendak belayar, Inyaallah di selamatkan ia dalam pelayarannya dan di kembalikan semula ke tanah air dalam keadaan sihat afiat.

Jika hendak membereskan sesuatu pekerjaan

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu denga baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali.

Insyaallah dimudahkan allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin allah semuanya beres.

Jika berasa dahaga

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya.

Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

Mengubat sakit telinga.

Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas ekmudian dihapuskan tulisan itu dengan minya mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallh afiat.

Minyak Fathihah.

Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan unutk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.

Menjadi Penawar.

Jika disengat binantang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.

Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya

Ilmu Pendinding: Pagar Ghaib

Ilmu Pendinding: Pagar Ghaib

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

WAKTUNYA

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

CARANYA

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap
ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembok itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukuplah dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka.

Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan Allah).

MEMAGAR RUMAH DARI PENCURI

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.

Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Siapa yang nak cuba bolehlah cuba. Ingat, setiap apa yang berlaku hanyalah dari Allah, bukan dari ilmu kita.

Wednesday, 1 February 2012

ayat kursi

Khasiat Ayat Kursi

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran didepan matanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."
Menurut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" barangsiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darajatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah
1. Dapat Menyembuhkan Penyakit Gila / Ayan

Untuk sakit gila cara megamalkannya, ayat Kursi dibaca sebanyak 33 kali pada ubun-ubun orang yang sakit gila itu seraya dihembus-hembuskan. Insya Allah lekassembuh. Lakukanlah berulang-ulang ketika matahari akan terbitdan ketika akan terbenam, bila belum ada perubahan.

Sedang untuk sakit ayan cara mengamalkannya, ambillah segelas air lalu bacalah ayat Kursi sebanyak 90 kali, dan tiap kali bacaan tiupkan pada gelas itu, kemudian diminumkan pada orang yang sakit ayan. Insya Allah akan lekassembuh. Lakukanlah berulang-ulang, dengan sabardan dengan keyakinan yang penuh.

2. Dapat Menjauhkan Dari Impian Yang Buruk

Cara mengamalkannya, bacalah Ta'awwudz 3 kali, yaitu membaca "A'UUDZU BIL LAAHi MINASY SYAITHOONIR ROJIIM" lalu membaca ayat Kursi 3 kali. Dan bila sampai pada bacaan "WA LAA YA-UUDUHU HIFDLU HUMAA WA HUWAL 'ALIYYUL 'ADLIIM" hendaknya diulang 3 kali. Insya Allah dalam tidurnya nanti tepjauh dari mimpi-mimpi yang buruk, dan bahkan bermimpi yang indah-indah.

3. Dapat Mendatangkan Keselamatan Dalam Perjalanan

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi sebanyak 3 kali sebelum anda berangkat dalam suatu perjalanan. Insya Allah dalam perjalanan anda nanti selalu dalam perlindungan-Nya sehingga tidak akan menemui kesulitan dan kesukaran sampai anda pulang kembali.

4. Dapat Mendatangkan Segala Macam Hajat.

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi 99 kali sesudah shalat Hajat 2 rakaat pada tengah malam. Kemudian berdo'alah kepada Allah dengan menyebutkan hajatyang dimaksud. Insya Allah dalam waktu dekat apa yang dihajatkan itu akan segera terkabulkan.

5. Dapat Menghilangkan Dosa-Dosa Kecil

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi secara rutin pada setiap selesai shalat fardhu, maka faedahnya dapat menghilangkan dosa-dosa kecil, kecuali dosa-dosa yang berhubungan dengan sesama manusia.

6. Dapat Membentengi Diri dari Gangguan Syetan

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi sebanyak 7 kali sebelum anda mengerjakan sesuatu perkara niscaya Allah akan melindungi anda didalam mengerjakan sesuatu itu dari gangguan syetan.

7. Dapat Mengaburkan Pandangan Musuh

Cara mengamalkannya, buatlah garis lingkaran seraya bacalah ayat Kursi sebanyak 7 kali, kemudian masuklah ke dalam lingkaran itu, niscaya pandangan musuh menjadi kabur tidak bisa melihator-angyang ada dalam lingkaran, sehingga orangyang berada di lingkaran itu selamatdari ancamannya.

8. Dapat Menghindarkan Gangguan Orang Zalim

Cara mengamalkannya, bacalah ayat Kursi pada permulaan siang dan permulaan malam. Lakukanlah bacaan ini sebagai amalan rutin, Insya Allah akan terjagadari maksud jahat orang zalim, karenaselalu dalam perlindunganNya. Disamping itu syetan pun tidak berani menggangu.

9. Dapat Menyembuhkan segala penyakit

Cara mengamalkannya, tulislah ayat Kursi pada kertas yang putih, kemudian dilebur dengan aiar suci, lalu airnya diminumkan pada orang yang sakit. Lakukanlah berulang-ulang dengan harapan penyakitnya lekas sembuh. Insya Allah dengan jalan yang demikian ini, penyakit yang dideritanya akan segera sembuh.

10. Dapat Membungkam Mulut Orang jahat

Cara mengamalkannya, lakukanlah petunjuk dibawah ini bila anda akan menghadapi penggilan orang yang akan berlaku jahat terhadap anda. Yaitu sebelum anda mendatangi penggilan itu bacalah ayat kursi, kemudian bacalah do'a sebagai berikut:



Artinya : "Wahai Dzat yang hidup, wahai Dzat yang berdiri sendiri, wahai dzatyang mendptakan semua langitdan bumi, wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Aku memohon kepada-Mu dengan haq (kebenaran) ayat yang mulia ini (ayat kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama yangagung, agarEngakau bungkam mulutnya (sebut nama orang yang dimaksud) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia akan berkata kecual dengan kata yang baik, atau dia diam. Kebaikanmu hai or-ang ini berada dikedua tangan-Mu, dan kekejianmu beradi dibawah kedua telapak kaki-Mu".

Sesudah membaca do'a tersebut, lalu datang menghadap orang yang dimaksud dengan tenang dan penuh keyakinan tanpa keraguan sedikitpun. Insya Allah, orang jahat yang anda hadapi aitu akan membungkam seribu bahasa sehingga ia tidak berkata apa-apa kecual berkata yang baik, dan bahkan menaruh belas kasihan terhadap anda.

11. Dapat Menyelamatkan Ancaman Pencuri

Cara mengamalkannya, bacalah ayatkilrsi 7 kali ketikaakan berangkat tidur, kemudian bacalah pula do'a sebagai berikut sebanyak 7 kalipula do'a sebagai berikut sebanyak 7 kali :



Artinya : "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah adalah Dzat Yang Maha meliputi kepada hamba-Nya. Allah adalah Dzat Yang Maha Memelihau, Yang Maha Dahulu, Yang Azali, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri dan tidak tidur".

Insya Allah, dengan dibacakan yangdemikian itu rumah beserta isinya akan selamat dari pencurian hingga pagi hari. Sebab do'a tersebut mempunyai faedah yang besar sekali. Dari padanya terpancar daya gaib yang dapat menolak kehendak jahat para pencuri,

Demikianlah diantara keutamaan dan khasiyatayat Kursi. Dimana ayat Kursi adalah bacaan yang ampuh untuk membentengi diri dari herbagai macam godaan dan musibah. Karena dengan dibacanya ayat kursi, Allah memberikan perlindungan terhadap diri si pembaca itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT