Followers

Saturday 27 August 2011

Larangan Dalam Solat

1.Mencotok-cotok rukuk dan sujud
Nabi s.a.w. bersabda:
“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”
[H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]
“Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki tg tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”
[H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]
Abu Hurairah r.a. ra. berkata:
“Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).”
[H.R. Abu Ya’la]
2.Berpaling ke kanan,kiri dan melihat ke atas
Dari Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda:
“Allah swt sentiasa berharap kepada para hamba-Nya dalam solatnya, selama hamba itu tiada berpaling-paling. Apabila hamba itu memalingkan mukanya,berpalinglah Allah swt daripadanya.”
[H.R. Ahmad dan Abu Daud]
Dari Al Haris Al Asy’ary, Nabi s.a.w. bersabda:
“Dan bahwasanya Allah swt. Menyuruh kamu bersolat, maka apabila kamu bersolat janganlah kamu berpaling-paling.Kerana sesungguhnya Allah menghadapkan muka-Nya ke muka hamba-Nya di dalam solat hamba itu, selama hamba itu tidak berpaling-paling.”
[H.R. At-Tirmidzi]
Aisyah ra. berkata:
“Saya telah bertanya kepada Rasulullah perihal berpaling-paling dalam solat. Maka Rasulullah menjawab: Itu suatu sambaran dari syaitan yang dia sambarkan dari solat hamba Allah swt.”
[H.R. Al Bukhari,Abu Daud,An-Nasa'i dan Khuzaimah]
Dari Anas ibn Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apakah gerangan sebabnya orang-orang itu mengangkat pandangannya ke langit di kala bersolat, dan mengeraskan suaranya. Sehingga Nabi bersabda: hendaklah mereka menghentikan perbuatan itu atau biarlah dicabut cepat pandangannya.”
[H.R. Al Bukhari]
3.Begerak anggota badan dalam solat
Dari Abu Bakar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang kamu berdiri untuk solatnya, maka hendaklah dia menenagkan segala anggota tubuhnya(tangannya,kakinya) dan janganlah berhoyong-hayang sbg hoyongan orang Yahudi.”
[H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi ]
Dari Mu’aiqib ra., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Janganlah engkau menyapu anak-anak batu yang melekat di dahimu saat engkau bersolat, jika perlu sekali engau sapu, maka cukuplah dengan sekali sapu sahaja.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a.:
Rasulullah melihat seorang leaki memain-mainkan tangan semasa solat,maka baginda bersabda:
“Sekiranya khusyuk jiwa orang ini tentulah khusyuk segala anggotanya.”
[H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi]
4.Berludah ke depan
Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang kamu berada dalam solat, maka berertilah dia sedang bermunajat dengan Tuhan-nya. Kerana itu, janganlah dia berludah ke muka(ke depan) dan janganlah ke kanannya. Akan tetapi ke sebelah kirinya, ke bawah kakinya.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
5.Bercekak pinggang
Dari Abu Hurairah r.a. ,katanya:
“Rasulullah s.a.w. menegah seseorang mengerjakan solat dengan menumpangkan rusuknya(bercekak pinggang)”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
6.Menguap
Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Menguap itu dari syaitan, maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia tutup mulutnya seberapa dia sanggup di dalam solatnya.”
[H.R. Muslim dan At-Tirmidzi]
7.Membunyikan ruas tangan
Dari Ali ra., Nabi s.a.w. bersabda:
“Janganlah engkau membunyikan ruas tangan semasa engkau sedang bersolat.”
[H.R. Ibnu Majah]
8.Menahan air besar atau kecil
Kata Aisyah ra:
“Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: tidak ada solat di hadapan makanan dan tidak ada solat semasa sedang dipengaruhi oleh desakan buang air besar atau air kecil.”
[H.R. Muslim]
Dari Abdullah ibn Al Arjam, Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila telah didirikan solat, maka jika pada ketika itu seseorang perlu buang air, hendaklah dia pergi buang air sebelum bersolat.”
[H.R. Al Bukhari,Muslim dan lain-lain.]
9.Menahan keinginan makan sesudah makanan tersedia.
Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila telah disajikan makan malam, maka makanlah dahulu, sebelum melaksanakan solat Maghrib.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
10. Melihat kepada yang membimbangkan.
Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersolat kepada kain yang diperbuat dari sutera bercorak,maka berkatalah baginda:
“Corak-corak kain ini membimbangkan hatiku. Bawalah kain ini pada Abu Jaham, dan berikanlah padaku kain tebal tak bercorak.”
[H.R. Al Bukhari]
11.Memberi isyarat dengan tangan di waktu salam
Dari Jabir ibn samurah ra.,katanya: Adalah kami bersolat dan mengetahui ada orang-orang yang berisyarat dengan tangan mereka di waktu membaca salam di belakang Rasulullah s.a.w.Maka besrabdalah baginda:
“Mengapa mereka membaca salam dengan mengangkat tangan(dalam solat) seakan-akan tangan-tangan itu ekor-ekor kuda yang sedang lari. Apakah tidak cukup mereka meletakkan tangannya di atas paha?sesudah itu mengucapkan: assalamu’alaikum,assalamu’alaikum.”
[H.R. An-Nasa'i]
12.Menutup mulut dan menurunkan kain sehingga mengenai lantai
Abu Hurairah r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w. menegah kami menurunkan kain dalam solat dan menegah orang yang sedang solat menutup mulutnya.”
[H.R. Abu Daud dan Al Hakim]
13.Bersolat semasa mengantuk
Dari Aisyah ra.,Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang kamu mersa mengantuk, maka hendaklah dia tidur hingga hilang mengantuknya kerana apabila dia bersolat sedang dalam keadaan mengantuk, mungkin dia mahu memohon ampun tetapi dengan tidak sedar memaki dirinya.”
[H.R. Jamaah]
14.Khaskan tempat yang tertentu oleh seseorang untuk solat kecuali imam.
Dari Abdurrahman ibn Syibil,katanya;
“Rasulullah s.a.w. menegah cotokan burung gagak,deruman binatang buas dan menegah kita khaskan suatu tempat tertentu di dalam masjid(untuk solat), sebagaimana halnya unta.”
[H.R. Ahmad,Al Hakim dan Ibnu Hibban]
15.Berbicara dengan sengaja yang tidak berkaitan dengan solat.
Zaid ibn arqam ra berkata:
“Adalah kami(sahabat)berbicara dalam solat. Masing-masing kami berbicara dengan teman yang berdiri di samping dalam solat.Hingga turun ayat: wa qumu lillahi qanitin,(dan berdirilah kamu kerana Allah dengan khusyuk). Maka kami pun diperintahkan berdiam dan dilarang berbicara.”
[H.R. Al Jamaah]
Ibnu Mas’ud berkata:
“Adalah kami(sahabat) memberi salam kepada Nabi s.a.w. semasa baginda solat, lalu baginda menjawabnya. Setelah kami kembali dari An najjasyi, kami memberi salam juga kepadanya, maka baginda tidak menjawab kami lagi. Kerana itu,kami berkata: Kami dahulu memberi salam kepada tuan dalam solat lalu tuan menjawabnya. Maka, Nabi pun menjawab: Di dalam solat kita mempunyai tugas-tugas tertentu.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Muawiyah ibn Al Hakam ra. berkata:
“Semasa saya sedang bersolat berserta Rasulullah s.a.w. tiba-tiba seorang lelaki dari jamaah bersin, maka aku pun mengucapkan: yarhamukallah, kerana itu para jamaahmendelikkan matanya kepadaku. Aku berkata: Aduhai nasibku, mengapa kamu melihat kepadaku? Mereka memukul paha mereka dengan tangan-tangan mereka. Maka aku berasa mereka menyuruh aku berdiam, aku pun ingin bertanya, tetapi tidak jadi dan aku pun berdiam diri. Setelah Rasullullah selesai solat, maka demi ayahku dan ibuku, aku belum pernah melihat seorang guru sebelumnya dan sesudahnya yang lebih baik mengajar daripada baginda. Demi Allah swt., baginda tidak mengherdik aku dan tidak pula membentak. Beliau berkata: solat ini tidak patut ada pembicaraan manusia. Ucapan-ucapan di dalamnya hanyalah tasbih, takbir dan membaca Al-Quran.
[H.R. Ahmad,Muslim dan An-Nasa'i]
Abu Hurairah r.a. berkata:
“Rasulullah mengerjakan solat Zohor atau asar bersama-sama kami, lalu baginda bersalam. Maka Dzulyadain berkata kepada Nabi: Apakah solat sudah dipendekkan atau tuan lupa,ya Rasulullah?Baginda menjawab:Tidak di qasar dan saya tidak lupa. Menjawab Dzulyadain:Tuan telah lupa,ya Rasulullah.Maka Nabi bertanya: Apakah benar apa yang dikatakan Dzulyadain? Para sahabat menjawab: Benar. Kemudian,nabi bersolat dua rakaat lagi dan Nabi bersujud dua kali.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

No comments:

Post a Comment