1.Bahan Buatan Cincin Yang Dibolehkan.
Bahan yang dibolehkan ialah platinum (campuran tembaga & nikel) dan perak. Penggunaan emas diharamkan. Emas celup (yang dicat) tidak tergolong kategori emas.
Bahan yang dibolehkan ialah platinum (campuran tembaga & nikel) dan perak. Penggunaan emas diharamkan. Emas celup (yang dicat) tidak tergolong kategori emas.
Nabi SAW pernah melihat sebuah cincin emas ditangan seorang lelaki, lalu baginda mengambil cincin itu dan membuangnya, lalu bersabda:
''Salah seorang dari kalian sengaja mengambil bara api neraka dan meletakkannya ditangannya'', Setelah itu Rasulullah pun pergi. Para sahabat berkata kepada lelaki itu ''Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah''. Lelaki itu menjawab “Tidak demi Allah, aku tidak akan mengambilnya setelah Rasulullah membuangnya''. (HR Muslim)
Dari Anas b. Malik, Sabda Rasulullah SAW:
''Nabi SAW pernah membuat cincin perak. Di cincin itu terdapat ukiran 'Muhammad Rasulullah' .(Riwayat Bukhari ,Muslim)
2. Jari Yang Manakah Tidak Boleh Disarungkan?
Tidak boleh disarungkan di jari tengah atau di jari telunjuk. Sebab apa tidak dibolehkan?
Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Luth berhias.
Selain dari jari telunjuk dan jari tengah adalah dibolehkan.
Ali b. Abi Talib mengatakan:
''Nabi SAW melarangku meletakkan cincinku di sini(telunjuk) atau yang berikutnya (tengah)''(Riwayat Muslim)
3. Di Tangan Manakah Yang Lebih Afdal?
Para ulama berbeza pendapat tentang ini justeru ia khilaf.
Imam an Nawawi mengatakan:
''Adapun ketentuan hukum mengenai masalah ini, para ulama sepakat membenarkan pemakaian cincin samada kiri atau kanan, tanpa ada kemakruhan. Mereka berbeza pendapat mana yang lebih afdal?. Kebanyakan cincin kaum salaf berada di sebelah kanan,namun ramai juga di sebelah kiri''
Jadi dalam hal ini ada kelonggaran yang luas. Alhamdulillah.
4. Bolehkah Memakai Cincin Sampai Penuh Jari?
Ianya tidak boleh kerana tergolong dalam berlebih lebihan. Allah tidak suka orang yang berlebih lebihan.
Firman Allah dalam Surah al A'raaf ayat 31:
Maksud :''..kerana Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih lebihan''
Hanya sekadar perkongsian.
Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}
Wallahualam
No comments:
Post a Comment