Followers

Monday 21 November 2011

Hukum Memakai Cincin Bagi Lelaki

Bolehkah lelaki memakai cincin/barang perhiasan bertatahkan berlian (sama ada tulen atau campuran)? Batu apakah yang dibolehkan untuk dipakai oleh lelaki?

Boleh bagi lelaki memakai cincin bertatahkan berlian. Walaubagaimanapun sebaik-baiknya elakkan daripada memakai cincin bertatahkan berlian kerana ia merupakan perhiasan wanita
Apakah hukumnya bagi lelaki memakai cincin emas yang disadur dan dicampur dengan bahan lain seperti suasa? Maknanya bukan 100% emas.

Memakai cincin yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin yang diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; “Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa diperbuat daripada campuran emas melebihi daripada perak maka ia dihukum emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram.
Saya ada terdengar ada satu hadis mengatakan bahawa haram hukumnya sekiranya memakai cincin di jari telunjuk dan jari hantu kerana ia adalah tabiat kaun nabi Lut. Adakah benar?
Memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :
Rasulullah SAW memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek : “Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. Hadith Riwayat Muslim.
Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata “Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya(jari tengah atau jari hantu)”. Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasai.
Sumber JAKIM

No comments:

Post a Comment