Followers

Tuesday, 4 October 2011

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR segala penyakit

Dalam kita menempuhi kehidupan sekarang berbagai jenis penyakit dan boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia ada menghidapinya masa ni, antara terkawal dan tidak terkawal sahaja contohnya kencing manis. Ada yang mungkin telah berputus asa bila ditimpa sesuatu penyakit yang berat contohnya sakit jantung, kanser atau barah. Namun begitu kita perlu tabah menghadapi semua itu daripada Allah sama ada sebagai ujian ataupun menyucikan diri kita dari dosa yang kita lakukan selama ini.
Allah tidak menurunkan penyakit melainkan disertakan dengan ubatnya. Oleh itu kita jangan berputus asa, teruskan berusaha dan bertawakkal hanya Allah yang menyembuh dan menentukan segalanya.
Bagi sesiapa ada menghidap penyakit seperti dibawah ni cuba amalkan setiap waktu, selain menjadikan Al Quran itu sebagai rutin amalan kita untuk mencari keredaan Allah sekali gus merawat penyakit yang dihadapi, mudah-mudahan Allah menyembuhkannya.

1. Untuk semua penyakit
Surah Al Baqarah
Ayat 1 hingga 25 dan 244 hingga 255

2. Untuk masalah jantung, saluran darah tersumbat dan jantung berlubang.
Surah Al Isra’
Ayat 40 hingga 55

3. Untuk tahan sakit
Surah Al Kahfi
Ayat 32 hingga 50

4. Untuk kencing manis dan strok
Surah Al Anbia’
Ayat 62 hingga 73

5. Untuk barah atau kanser
Surah Mu’minun
Ayat 91 hingga 100


No comments:

Post a Comment