Followers

Tuesday, 4 October 2011

Rawatan Cara Nabi Muhammad S.A.W



TEORI PENGUBATAN .
Watak pemuda ialah seimbang . Watak anak - anak
Cenderung basah , dan tabiat orang dewasa dan orang
Lanjut usia cenderung sejuk .

Organ tubuh manusia yang paling seimbang adalah kulit
pada hujung jari telunjuk , disusuli hujung jari - jari yang lain .Organ
yang paling panas adalah jantung , diikuti hati dan daging . Yang paling
sejuk adalah tulang dan saraf , sumsum dan otak . Yang paling kering adalah tulang . Yang paling basah adalah lemak .

Bahagian seterusnya dari tujuh bahagian tubuh adalah darah . yang bersifat basah dan panas . Fungsinya ialah memberi makan kepada tubuh . Darah yang normal rasanya manis dan tak berbau .

Seterusnya adalah lendir , yang bersifat basah dan sejuk Fungsinya adalah mengubah darah manakala tubuh kekurangan makanan , menjaga organ - organ tubuh agar tetap lembab dan mencegah dehidrasi yang di sebabkan oleh gerakan . Lendir normal adalah lendir yang hampir berubah menjadi darah . Lendir tak normal rasanya masin , atau agak hangat , atau masam . Ia cenderung menjadi masak dan tawar . Ia bersifat sejuk dan tidak tak bercampur.

Cairan yang ketiga adalah hempedu , yang sifatnya kering dan panas . Ia
tersimpan di dalam kantung hempedu . Ia menjadikan darah lembut dan
membantunya melalui nadi - nadi yang sangat sempit . Sebahagaian darinya dibawa ke usus besar dan menghasilkan warna khas kekotoran . Hempedu normal warnanya sedikit merah . Hempedu tak normal boleh jadi berwarna seperti kuning telur , atau seperti warna bawang atau warna tahi tembaga , atau seperti terbakar .Hempedu berkarat lebih kuat daripada hempedu berwarna bawang , dan merupakan peringatan akan datangnya kematian . Hempedu kadang - kadang dikenali dengan sebutan Hempedu Kuning .

Yang terakhir adalah limpa . Cairan ini bersifat kering dan sejuk . Ia
mengentalkan darah dan memberi makan kepada limpa dan tulang . Sebahagian darinya menerusi mulut perut dan menimbulkan nafsu makan dan menyebabkan keasaman . Limpa normal membentuk endapan darah . Limpa tak normal digambarkan sebagai terbakar , yakni tidak murni . Limpa terkadang disebut hempedu hitam Bahagian keempat dari bentuk tubuh adalah organ -  organ dasar . Bahagian kelima membentuk jiwa . Bahagian keenam adalah keupayaan
yang terbahagi kepada tiga , iaitu : natural , vital , dan psikik . Bahagian
ketujuh atau yang terakhir adalah fungsi , yang berjumlah dua : fungsi daya tarik dan fungsi daya tolak .


KEADAAN TUBUH

Bahagian kedua dalam teori pengubatan adalah berkenaan dengan teori tentang keadaan tubuh manusia . Ada tiga keadaan tubuh , yang mana ianya mungkin :
sihat , sakit dan keadaan tidak sihat dan tidak pula sakit , iaitu keadaan
orang yang sedang menuju kesembuhan dan keadaan usia tua .

Sihat adalah keadaan fizik dimana semua fungsi berada dalam keadaan sihat . Menjadi sembuh sesudah sakit adalah anugerah terbaik dari Allah kepada manusia . adalah tak mungkin untuk bertindak benar dan memberi perhatian yang layak kepada ketaatan kepada Tuhan jika tubuh tidak sihat .Tidak ada sesuatu yang berharga seperti kesihatan .Kerananya , hamba Allah hendaklah bersyukur atas kesihatan yang dimilikinya dan tidak bersifat kufur .

Nabi s.a.w bersabda :

"Ada dua anugerah yang kerananya ramai manusia tertipu , iaitu kesihatan yang baik dan waktu luang" .

Rasulullah s.a.w bersabda , "  Mohonkanlah kepada Allah ampunan dan kesihatan . Setelah iman kuat ,tak ada sesuatu yang lebih baik bagi seorang manusia daripada k
esihatan" .
SEBAB � SEBAB PENYAKIT
Bahagian ketiga dalam dalam teori pengubatan berkaitan dengan sebab - sebab penyakit , atau aetiologi . Ada enam sebab timbulnya penyakit :

Penyebab pertama adalah udara. Udara sangat penting untuk menjaga diri kita agar seimbang, sebab selama udara tetap jernih , tidak ada kelemahan yang bercampur dengannya , dan tidak ada pula angin kotor . Ia adalah perlindungan yang tak nampak Setiap musim menghasilkan penyakit - penyakit yang sesuai dengannya , dan mengusir yang tidak sesuai . Demikianlah , musim panas menyebabkan timbulnya hempedu dan melahirkan jutaan penyakit , tetapi juga menyembuhkan penyakit - penyakit selsema ( beringus ) Demikian pula halnya dengan musim - musim yang lain . Udara sejuk memperkuat dan meningkatkan pencernaan . Udara panas mempunyai kesan sebaliknya. Perubahan
udara menyebabkan timbulnya sampar . Ini akan kita jelaskan nanti , insya Allah .

Penyebab kedua adalah makanan dan minuman . Makanan dan minuman yang panas menimbulkan panas dalam tubuh, dan sebaliknya .

Penyebab ketiga adalah gerakan dan istirehatnya tubuh .
Gerakan menimbulkan kehangatan dalam tubuh .

Penyebab keempat adalah gerakan dan istirehatnya emosi , seperti yang
terjadi ketika marah , sedih , gembira , khuatir , dan malu . keadaan -
keadaan ini mendorong terjadinya gerakan jiwa , yang pasti bersifat batiniah , namun juga nampak secara lahiriah . InsyaAllah .

Penyebab kelima adalah keadaan bangun dan tidur . Tidur membuat jiwa
bergolak dalam tubuh meskipun pada lahirnya tubuh menjadi sejuk sehingga orang memerlukan selimut . Lawan dari keaadaan ini adalah keadaan bangun

Penyebab keeanam adalah emisi dan rentesi . Keseimbangan antara kedua hal ini akan melindungi kesihatan.

 

PRAKTIK PENGUBATAN Makanan
Hendaklah anda ketahui bahawa makanan dimakan manakala diperlukan untuk mengekalkan kesihatan .Tanda - tanda bahawa makanan diperlukan adalah menajamnya indera penciuman  ,berkurangnya air liur dimulut , air kencing yang menjadi sangat berwarna  dengan bau menyengat , serta meningkatnya keinginan akan makanan . Hidup
berlama -lama tanpa makanan memperlemah tubuh , menimbulkan dehidrasi , dan  membakar habis konstitusinya . sama halnya , memakan makanan manakala tidak  diperlukan mengakibatkan kebodohan dan kemalasan , yang merupakan satu  faktor penyebab penyakit . Orang hendaknya memakan makanan yang sejuk  dimusim yang panas . dan makanan yang panas dimusim yang sejuk . . Terus  makan lagi sesudah makan adalah merbahaya . Makanan yang panas hendaklah
diimbangi dengan makanan yang sejuk , yang manis dengan yang masam . Lemak diimbangi dengan garam , dan yang masam dengan lemak . Memakan banyak jenis  makanan meningkatkan konstitusi manusia . Makan dalam keadaan tenang adalah  paling baik . Memakan makanan yang sama beberapa kali berturut - turut dan  makan dengan tergesa - gesa mengakibatkan hilangnya nafsu makan dan menimbulkan kemalasan . Makanan yang sangat masam mempercepat ketuaan .
Sering memakan makanan bergaram membuat badan kering dan kurus .

Adalah bijaksana untuk berhenti makan ketika anda masih ada selera untuk meneruskan makan , namun terus menerus tidak makan akan membuat tubuh lemah dan kurus . Menghabiskan makanan sampai isi piring bersih membantu  pencernaan dan meningkatkan nafsu sexs . Nabi s.a.w biasa menjilat jari - jari tiga kali setelah makan . Baginda juga mengatakan , " Menghabiskan  makanan hingga bersih bererti memohon pengampunan dari Allah "  .

Rasulullah s.a.w melarang memakan makanan - makanan berikut secara bersamaan:

susu dengan ikan , cuka dengan susu , buah - buahan dengan susu , atau selada dengan ikan , bawang putih dengan bawang merah , daging kering dengan daging segar , makanan masam dengan makanan beasam , lemak dengan cuka ,cuka dengan nasi ,anggur dengan terung yang berlebihan , buah delima dengan lemak daging , dua makanan yang sejuk , dua makanan yang panas , atau dua makanan yang menghasilkan kentut .

SABDA NABI
Sebelum menyenaraikan makanan - makanan , lebih baik kita kemukakan sabda Nabi s.a.w berkenaan cara - cara kebersihan , mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan .

Nabi besar Muhamad s.a.w pernah bersabda demikian :


1 . Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan Nya juga ubat
nya , kecuali mati . Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut
petunjuk Al  Quran akan lanjut usianya .

2 . Asal segala penyakit ialah perut . Oleh itu , makanlah apabila anda
kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu .


3 . Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat . Oleh itu ,
jadikanlah ia kebiasaan anda .

4 . Pada pandangan Allah . makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai - ramai .

5 . Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan ,  makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim , makan dengan  dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s

6 . Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya , kerana makanan yang panas itu tidak berkat .

7 Apabila makan , tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih
rehat . (Inilah nasihat yang baik) .

8 . Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan . Oleh itu , mulakan
makan makanan yang di tepi pinggan dahulu , bukan mula dari tengah . ( pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu
mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat berkat , jangan seorang diri saja ) .

9 . Ada keberkatan dalam tiga perkara : dalam sarapan pagi , dalam roti
dan dalam sup .

10 . Berus gigi dengan  kiswak  ( berus gigi kayu yang biasanya
dibuat daripada dahan pokok ( pokok pelu ) selepas makan dan kemudian berkumur - kumur , kerana kedua - keduanya amalan ini adalah penjaga gigi .


11 . Gunakan  kiswak  kerana amalan ini datang kebersihan , dan
kebersihan datang dari iman  dan iman membawa orang itu ke Syurga

12 . Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung ( iaitu tidak membazir ) .

13 . Makan bersama barulah bersurai , kerana keberkatan itu ada dalam
kumpulan .

14 . Kurang makan kurang dosa .

15 . Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum , barli , kismis , sekoi , lemak , madu , lebah , keju , sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan ( walnut ) dan zaitun .


16 . Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada
pangkal paha ( sciatica )

17 . Sarapan pagi waktu fajar ( dini hari ) ada berkatnya

18 . Ketika saya mikraj , tidak ada seorang Malaikat pun yang tidak
berkata , "  Wahai Muhamad s. a.w beritahu umatmu supaya berbekam" . Rawatan yang paling baik ialah berbekam , ketumbar dan sejenis herba ( costus ) .

19 . Siapa yang sakit 7 hari , maka ia adalah penebus dosa 70 tahun .

20 . Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan
kerana berhutang .

21 . Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit , baginda biasanya berkata : " Hindarlah pedaya iblis , kekuatan itu dengan Allah , sembuh dan disembuhkan , tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau  "



"Maa ashobaka min hasanatin faminallah... wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi"

(segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

No comments:

Post a Comment