Disini SAYA dapatkan satu doa dari Surah Taha ayat 109. Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya.
Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Terjemahannya:
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya.
Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.
No comments:
Post a Comment