"Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawadosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang, bermakna kitamenyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kitasangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapanTuhan semasa di dalam sembahyang."Istighfar bererti meminta maaf, meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.Di sini ingin diceritakan tentang dua istighfar.Istighfar pertama:Istighfar yang pertama ialah sebelum solat atau sebelum sembahyang, iaitusebelum takbiratul ihram.Istighfarlah dan bertaubatlah sebanyak -banyaknya dan sepuas-puasnya.Istighfarlah sehingga hati kita terasa kenyang, tenang dan tenteram.Semoga dengan itu Allah ampunkan dosa-dosa kita.Supaya kita tidak membawadosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang kita.
Antara sebabnya ialah:
1. Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kitamembawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang,bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.
2. Manakala kita berdosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, kitasebenarnya orang yang derhaka dengan Tuhan. Kalau kita sembahyangjuga tanpa kita bertaubat dari dosa-dosa tersebut maka sembahyangkita ialah sembahyang orang yang derhaka dengan Tuhan.
3. Kalau kita berdosa dan kita tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa itu,kita ialah orang yang angkuh dan sombong dengan Tuhan. Kalau dalamkeadaan itu kita bersembahyang, maka sembahyang kita ialah sembahyangorang yang angkuh dan sombong, bukan setakat angkuh dan sombongkepada manusia yang mungkin boleh dianggap ringan sedikit, tetapiangkuh dan sombong dengan Allah itu sendiri iaitu Tuhan yang hendakkita sembah.
4. Di dalam sembahyang, kita banyak berdoa. Kalau kita membawa dosa,Allah murka kepada kita. Bagaimana kita dapat berdoa kepada Tuhanyang sedang murka dengan kita. Apakah peluang bagi doa-doa kita itudimakbulkan Tuhan? Kalau Allah tidak makbulkan doa-doa kita keranaDia sedang murka kepada kita, mungkin kita akan selamat. Tetapi kalauAllah makbulkan juga doa dan permintaan kita dalam sembahyang dalamkeadaan Dia sedang murka dengan kita, maka apa sahaja yang Allahkurniakan itu akan menjadi istidraj. Iaitu ia akan menjadi nikmatyang Allah kurniakan dengan marah. Ia akan menjadi nikmat yang tidakdiiringi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di hujungnya nanti,kita akan jadi kufur nikmat.
5. Bagaimana pula hendak kita sembah Tuhan dalam keadaan kita sedangderhaka kepada-Nya kerana dosa-dosa kita yang tidak terampun. Kalaukita mengadap dan menyembah raja atau sultan manusia di dunia inipun, dalam keadaan kita derhaka kepadanya, mungkin dia tidak mahutengok kita. Kalau tengok pun, mungkin diherdik dan dimaki hamunnyakita. Atau mungkin dia akan terus tangkap dan hukum kita.
6. Bagaimana pula akan kita sembah Tuhan kalau kita angkuh dan sombongdengan-Nya kerana tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa kita. Angkuhdan sombong itu bukan sifat hamba. Ia sifat Tuhan. Bagaimana bolehkita bersifat sombong dan angkuh dan kemudian mahu menyembah Tuhan.Ketika itu kita bukan lagi hamba. Kita tidak tawadhuk dan tidakmerendah diri di hadapan Tuhan. Ketika itu kita seolah-olah mahumenyamai atau menandingi Tuhan. Dalam keadaan ini, bolehkahsembahyang kita itu dianggap sebagai satu penyembahan atau satupengabdian. Adakah ketika itu kita benar-benar sedang sembahyang dansedang mengabdikan diri kepada Tuhan?Inilah di antara sebab mengapa sembahyang itu gagal untuk menghidupkanrasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dalam diri orang yangbersembahyang. Kerana dalam sembahyang, mereka dimurkai Tuhan, merekaderhaka, dan mereka sombong dan angkuh dengan Tuhan. Bila sembahyang tidakkhusyuk dan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan tidak timbul atautidak wujud di dalam sembahyang, maka sembahyang itu tidak ada nilai dantidak ada erti apa-apa. Ia tidak mendidik hati kita dan tidak akan dapatmenjauhkan kita dari perkara-perkara yang keji dan yang mungkar.
Istighfar kedua:
Istighfar yang kedua ialah sesudah memberi salam. Lainlah kalau sembahyangkita itu seperti sembahyang orang muqarrobin atau orang siddiqin yang tidakada lalai dalam sembahyang mereka. Bagi mereka ini, layaklah merekamengucapkan hamdallah atau Alhamdulillah selepas salam sebagai tandasyukur kerana Allah telah kurniakan mereka nikmat khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam sembahyang mereka.Tetapi bagi kita orang-orang awam, yang sembahyang kita cacat sini cacatsana, bocor sini bocor sana, koyak sini koyak sana dan defect sini defectsana, mana mungkin layak bagi kita mengucapkan hamdallah. Adalah lebihpatut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidakberakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa didalam sembahyang.
Contohnya:1. Di hadapan Tuhan kita lafazkan berbagai-bagai perkataan, misalnya,Allahu Akbar, tetapi tidak faham pun apa yang kita lafazkan itu.Kalaupun faham, tidak terasa pula bahawa Allah itu benar-benar MahaBesar di hati kita. Kita tidak maksudkan dan kita tidak rasa apa yangkita kata. Kita hanya berlakon dan berpura-pura di hadapan Tuhan.2. Dalam masa kita sedang menyembah Tuhan pula, jasad kita berdiri,
Rukuk dan sujud, tetapi hati dan jiwa kita entah ke mana-mana. Allahmenunggu kita untuk disembah dan untuk menerima segala pengaduantetapi kita tidak hadir. Kita wakilkan sahaja kepada jasad dan tubuhbadan kita yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa. Jasad dan jawarihkita sahajalah yang menyembah Tuhan.Sudahlah di luar sembahyang kita tidak pernah bersama Tuhan, inisedang menyembah Tuhan dalam sembahyang pun kita gamak tinggalkanTuhan untuk berfoya-foya dengan hal-hal dunia.Belum pernah lagi kita dengar ada orang yang mengadap raja atausultan dan sedang dia mengadap itu, langsung tidak menghiraukan rajamalah dia tinggalkannya sultan begitu sahaja untuk pergi ke kedaimembeli rokok. Tapi dengan Tuhan, semasa dalam sembahyang, inilahakhlak dan perangai kita.3. Dalam sembahyang, Allah bukan hendak berhadapan dengan jasad kitatetapi dengan roh atau hati kita. Tetapi roh kita jarang hadir. Ramaiorang yang boleh membawa jasad dan lidah mereka untuk bersembahyangtetapi tidak ramai yang mampu membawa roh dan hati mereka untukbersembahyang sama.Demikianlah kita orang awam, selalu sahaja tidak berakhlak, tidak beradabdan tidak bersopan dengan Tuhan. Kalau ini berlaku di luar sembahyang punsudah dianggap berat, inikan pula ia berlaku ketika kita sedang mengadapdan menyembah Tuhan. Lagi-lagilah ianya dianggap berat. Patut sangatlahkita beristighfar dan meminta ampun selepas memberi salam!
No comments:
Post a Comment